CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 15 Disember 2011

ketenangan yang nyata

Isnin, 12 September 2011

gatal nak record suara imam kat surau di sg besi sebb sedap alunan Fatihah dia..

Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA





dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hri raya kat semua kawan2. yang kenal or tidak.. yang pasti kita sesama islam dan kita meraikan hari gembira nie selepas sebulan berpuasa.. harap2 u all semua sihat jer.. happy selalu k ngan baju baru bau kedai masing2 heheh enjoylah k.. SOLAT N NGAJI JGN LUPER..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Gambar Terbaru


salam semua. selamat berpuasa n tak lama lagi nak raya dah. banyak duit kuar tapi beringat kita saving yer.. jgn lupa ader duit lebih bagi mak ayah n atok nenek mana yang ader lagi. n adik beradik singgit 2 inggit. hati2 balik kanpung. baca doa sepelum bertolak semoga rakan2 sekalian selamat pergi n balik. ramadhan pergi tinggalkan kita. n lepas nie syaitan berkuasa balik. sama2 kita tingkatkan amalan macam kita dibulan puasa. samalah ngan saya. semoag bekalan nie cukup bawa kta ke akhirat kelak berjumpa dengan NYA

Khamis, 4 Ogos 2011

SEMANGAT HARIMAU MALAYA MEMBARA





Teruja, dan kagum, itulah perasaan saya ketika melangkah masuk ke Stadium malam tadi menyaksikan lautan penyokong Malaysia dengan semangat 1Malaysia memberi sokongan padu dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Saya seperti juga sebahagian dari anda, berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura yang bagi saya sungguh dramatik dan mendebarkan. Kalah atau menang itu soal kedua, tapi bagi saya, yang penting  adalah semangat juang, disiplin oleh para pemain  dan semangat yang membara para penyokong Harimau Malaya. Walaupun kita sedang ketinggalan dari segi agregate, saya kagum dengan momentum mereka sehingga ke wisel penamat.

Saya pun ingin melihat kejayaan berpihak kepada Harimau Malaya atas dasar cintakan sukan negara, penglibatan TM dalam Team Malaysia  dan juga TM sebagai  penaja rasmi pasukan bolasepak kebangsaan. Namun begitu saya percaya pasukan Malaysia boleh melangkah jauh dan jika sokongan yang padu sebagaimana yang ditunjukkan oleh hampir 90,000  penyokong itu, saya optimis sukan bolasepak negara sedang menuju puncak kegemilangan. Saya juga bangga melihat di tengah lautan penonton semalam terdapat ramai juga penyokong yang memakai baju Team Malaysia “Panthera” bergandingan dengan ribuan yang lain membakar semangat pemain-pemain..

MALAYSIAAAAAA BOLEHHH

Rabu, 3 Ogos 2011

Aku Redha.. aku pasrah.. itulah sikap dia yang dari dulu sampai kini,..

Malam ini ku menjadi aneh,
Gerak langkah ku bagaikan terhenti,
Denyutan jantung ku bagaikan terhenti seketika,
Nafas ku kian sesak di saat ini,
Air mata ku mengalir ke bumi di saat ini,
Mengalir tanpa henti,
Di saat ku melihat dirimu sudah tidak bernyawa..
Ku rebah menyembah bumi,
Ku menangis sekuat hati,
Ku memeluk dengan erat,
Ku meraung sekuat hati,
Dirimu kini yang sudah tidak bernyawa…
Ku terima dengan ketentuan Allah yang maha besar,
Ku terima suratan takdir Allah yang maha besar,
Dan ku terima,
Permergian mu dengan setulus hati……….…..

Isnin, 11 Julai 2011

Dah Lama Tak update Blog..

Bila Update jer terus nak bagitau nielah keta idaman ku..
nak capaikan jugak.. nak miliki satulah.. boleh tak korang....? nama keta ni AUDI R8.



Khamis, 5 Mei 2011

DOUBLE MINE KU.. COMING LAGI BNYK







Banyak dah la.... huhuhuhuk tak sangka aku.. manalah tau double mine bagi ganjaran ker pada saper yang kumpul benda alah nie

Rabu, 27 April 2011

Pada semua yang Terlibat




Buat sahabatku putrajaya n abg2 semua. ini saya tunjukkan hadiah yang saya terima bagi tempat pertama. walaupun hati rasa gembira tapi sebenarnya tak sebab saya kehilangan kamu semua yang sangat ceria. tak apalah mungkin saya mmg tak guna utk bersama. maaf pada sesiapa yang terasa saya mengundur diri.. thanks all..

Jumaat, 22 April 2011


Alhamdulillah selesai sudah semuanya.. penghargaan buat diri sendiri dan semua yang terlibat secara langsung dan tak secara langsung. pengalaman pertama yang sangat indah bersama semua.. menang dan insyallah pengalaman ini akan memberi semangat utk terus maju kehadapan.. ingat kengkawan, kegagalan itu bukan penghalang utk kita mencapai kejaaan. dan ingat hanya dengan semangat dan usaha beserta tawakal akan buat kita lebih dekat ngan ALLAH dan kita tau kemampuan kita.. klu DIA tak bagi sekarang insyallah Kelak DIA akan bagi kengkawan.. saya persembahkan lagu nie utk semua dan gambar diatas pada semua dan DIA...

Khamis, 21 April 2011












penat lelahku, insyallah klu ader rezeki aderlah.. klu tak ader pun enjoy n pengalaman pertama tangkap gambar. penat mmglah penat tapi best. tak apalah.. terima kasih pada rakan2 semua yang banyak membantu.. pada abg sudin n abg ea thanks sangat sebab gambar2 tu cantik selepas ader touchup sikit n makeup.. heheh

Isnin, 18 April 2011

peace.. chilll


Mula Yang Baru Leh tak n Jadi diri sendiri N sorylah Yer... PEACE... :-)

Ahad, 17 April 2011

Klu iTu yanG awak Nak

saya tak mampu nak paksa awak lagi dah.
aper yang penting awak happy n gembira ok.

biarlah saya macam nie. sekian..

 ini suker
 ini pun suker..
ini punnn sukerrr.. emmm




macam maner nak pilih nie.........

actually this is my favorite SONG dear..

Jumaat, 15 April 2011

ApA awak Buat bila isTeri awak BiaDap

saya akan nasihatkan dia.
perkara pertama saya nak tanya dia awak faham tak bila kita pergi kursus kawin?
awak pergi sana sekadar nak sijil or menimba ilmu
awak tau tak syurga awak dibawah tapak kaki saya
sebagai suami tanggungjawab saya besar awak
saya jaga awak, anak2, ibu ayah
bila kamu semua salah saya masuk neraka
awak fikir mudah ker
awak derhaka saya tak jaga saya disalahkan
anak2 belum baligh n anak wanita lom kawin tanggungan dibawah saya wak
ibu saya
syurga saya dibawah tapak kaki dia
saya kena hormat dia pada masa sama awak perlu saya jaga
sapa nak jaga diri saya pula...
klu bukan awak
sebab tu saya nikah awak
saya ambil awak jadi permaisuri dengan satu harapan
agar awak dapat jaga saya dikala saya sakit, dikala awak melihat raungan nazak saya
awak ader disisi
awak ader melihat mata saya
seperti pertama kali kita jumpa
awak tak putus2 melihat saya
seperti awak lihat sesuatu yang baru n awak sangat minat
saya tak mampu nak lihat awak biadap dengan saya
saya tak marah mungkin itu cara awak
tapi awak boleh berubah demi anak2
SEKIAN

Khamis, 14 April 2011

Bersemangat Jee


Hanya ALLAH jer tau perasaan and kelam kabutnya aku hari ini. jarang-jarang berlaku nie. kengkadang best jugak heheh huhuk. dari semalam tak cukup tido.. dok buat assignment n rasa macam nak pecah pale. lagi2 subject nie PSYCHOLOGY. nak kena tenangkan diri sebab nak kena beri idea yang sangat bernas dan mantap. pastu esok pagi plak dah nak kena pergi kerja awal sebab ader makan2 yam yam.. tapi hari nie pagi nie waktu makan da tiba aku masih tak makan lagi. kengkawan kerja semua dah makan aku jer belum. orang panggil FIRDAUS mehlah makan, i said: OK IM COMING, last2 tak datang jugak heheh.

demi kerja n assignment aku sanggup bekorban demi awak. awaklah yang paling saya sayang assignment n saya akan jaga awak bebaik tau n mmg nak kena hantar awak hari ini jugak tau. sebab date line dia hari ini kan..huuk nanti jaga diri bebaik n senyum depan lecturer tu tau dapatlah A+ nanti.. insyallah..

Berkorban Itu Indah


al- kisah,

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

You~


Make Your Own Love Letter