CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 4 Ogos 2011

SEMANGAT HARIMAU MALAYA MEMBARA





Teruja, dan kagum, itulah perasaan saya ketika melangkah masuk ke Stadium malam tadi menyaksikan lautan penyokong Malaysia dengan semangat 1Malaysia memberi sokongan padu dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Saya seperti juga sebahagian dari anda, berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura yang bagi saya sungguh dramatik dan mendebarkan. Kalah atau menang itu soal kedua, tapi bagi saya, yang penting  adalah semangat juang, disiplin oleh para pemain  dan semangat yang membara para penyokong Harimau Malaya. Walaupun kita sedang ketinggalan dari segi agregate, saya kagum dengan momentum mereka sehingga ke wisel penamat.

Saya pun ingin melihat kejayaan berpihak kepada Harimau Malaya atas dasar cintakan sukan negara, penglibatan TM dalam Team Malaysia  dan juga TM sebagai  penaja rasmi pasukan bolasepak kebangsaan. Namun begitu saya percaya pasukan Malaysia boleh melangkah jauh dan jika sokongan yang padu sebagaimana yang ditunjukkan oleh hampir 90,000  penyokong itu, saya optimis sukan bolasepak negara sedang menuju puncak kegemilangan. Saya juga bangga melihat di tengah lautan penonton semalam terdapat ramai juga penyokong yang memakai baju Team Malaysia “Panthera” bergandingan dengan ribuan yang lain membakar semangat pemain-pemain..

MALAYSIAAAAAA BOLEHHH

Rabu, 3 Ogos 2011

Aku Redha.. aku pasrah.. itulah sikap dia yang dari dulu sampai kini,..

Malam ini ku menjadi aneh,
Gerak langkah ku bagaikan terhenti,
Denyutan jantung ku bagaikan terhenti seketika,
Nafas ku kian sesak di saat ini,
Air mata ku mengalir ke bumi di saat ini,
Mengalir tanpa henti,
Di saat ku melihat dirimu sudah tidak bernyawa..
Ku rebah menyembah bumi,
Ku menangis sekuat hati,
Ku memeluk dengan erat,
Ku meraung sekuat hati,
Dirimu kini yang sudah tidak bernyawa…
Ku terima dengan ketentuan Allah yang maha besar,
Ku terima suratan takdir Allah yang maha besar,
Dan ku terima,
Permergian mu dengan setulus hati……….…..

Isnin, 11 Julai 2011

Dah Lama Tak update Blog..

Bila Update jer terus nak bagitau nielah keta idaman ku..
nak capaikan jugak.. nak miliki satulah.. boleh tak korang....? nama keta ni AUDI R8.



Khamis, 5 Mei 2011

DOUBLE MINE KU.. COMING LAGI BNYK







Banyak dah la.... huhuhuhuk tak sangka aku.. manalah tau double mine bagi ganjaran ker pada saper yang kumpul benda alah nie

Rabu, 27 April 2011

Pada semua yang Terlibat




Buat sahabatku putrajaya n abg2 semua. ini saya tunjukkan hadiah yang saya terima bagi tempat pertama. walaupun hati rasa gembira tapi sebenarnya tak sebab saya kehilangan kamu semua yang sangat ceria. tak apalah mungkin saya mmg tak guna utk bersama. maaf pada sesiapa yang terasa saya mengundur diri.. thanks all..

Jumaat, 22 April 2011


Alhamdulillah selesai sudah semuanya.. penghargaan buat diri sendiri dan semua yang terlibat secara langsung dan tak secara langsung. pengalaman pertama yang sangat indah bersama semua.. menang dan insyallah pengalaman ini akan memberi semangat utk terus maju kehadapan.. ingat kengkawan, kegagalan itu bukan penghalang utk kita mencapai kejaaan. dan ingat hanya dengan semangat dan usaha beserta tawakal akan buat kita lebih dekat ngan ALLAH dan kita tau kemampuan kita.. klu DIA tak bagi sekarang insyallah Kelak DIA akan bagi kengkawan.. saya persembahkan lagu nie utk semua dan gambar diatas pada semua dan DIA...

Khamis, 21 April 2011












penat lelahku, insyallah klu ader rezeki aderlah.. klu tak ader pun enjoy n pengalaman pertama tangkap gambar. penat mmglah penat tapi best. tak apalah.. terima kasih pada rakan2 semua yang banyak membantu.. pada abg sudin n abg ea thanks sangat sebab gambar2 tu cantik selepas ader touchup sikit n makeup.. heheh